Ngabang ba umah panjai Sis Tini..

Hari pertama sampai Sibu.. banyak sangat aktiviti yang tak tertangani.. wah.. terkejar-kejar ke sana ke sini nak menyelesaikan macam-macam urusan. Mana nak ke bank, nak ke pejabat pos, nak shopping.. nak beli barang kiriman kawan-kawan lagik.. Penat sudah.. kata Stacy… Tapi paling x tercapai dek akalku ialah menerima jemputan ngabang.. ataupun bergawai katanya.. maklum aje la.. seperti Aidilfitri yang berlangsung selama sebulan.. mcm tuh gak Hari Gawai Dayak ni pun disambut sebulan.. Jadi memandangkan nie dah penghujung bulan Jun.. so my sis Tini pun menjemputla kami ngabang ke rumahnyer.. so aper salahnya penuhi pelawaan rakan sekerjakan.. lagi satu yang menariknya.. dia ni tinggal kat rumah panjang yang agak tradisional.. kira nampaklah ciri-ciri ketradisionalan rumah panjang itu… tak macam yang dekat pedalaman tuh.. agak modern la jugak.. tuh yang tertarik nak pegi umah Sis Tini ni..

Perjalanan dari bandar Sibu ke rumahnya mengambil masa kira-kira 40 minit.. memandangkan bilangan kami nie agak ramai.. so terpaksa guna dua buah kereta. Sampai kat umah dia memang agak mengkagumkan.. masuk jer umah dia dah nampak dah tempayan-tempayan lama.. (tempayan naga ek?!).. dengan jumlah yang banyak plak tuh.. kami masuk dari dapur sebab keta parked kat blakang.. so menuju ke ruang tamu.. nampak agak moden gak.. ok la tuh.. fusionla katakan.. tak silap umah panjang dia nie ada 32 pintu.. memang panjang.. depan umah dia ada sebatang sungai.. kata Sis Wany.. tempat Sis Tini berak tym kecik-kecik dulu… ahaks.. ntah betul ntah tak diorang nie…

Tapi paling best adalah Oreo Cheese Cake yang dihidangkan di samping junk food dan soft drink.. air yang tak berapa nak soft pun ader gak tapi macam biasalah.. tak minum.. lebih kurang sejam dok beramah mesra ngan mak dan bapa dia.. kitorang pun minta diri untuk beredar.. maklum malam tuh ader aktiviti lain lagik.. aktiviti aper…?!

Ekeke… Karaoke la.. aper lagik… Apa pun.. Terima kasihlah ya sis Tini n family sebab sudi jemput kami ngabang kat umah… Gayuh Guru Gerai Nyamai… Ok.. sambung lagi ya…

~ by phyneballerz81 on June 28, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: