Bila Jari Menaip!! (feat. kebocoran*)

Hye Haluu… berjumpa lagi ni.. hampir sebulan tak mengentrykan diri tuk postkan entry2 terkini. Dah tentu-tentu para peminat blog ini x sabar-sabarkan menantikan perkhabaran dari akukan.. Wah.. peminatlah sangatkan..

Erm.. terus saja ya.. apa plak title entry ni tetiba ada feat. pulak ni. Dah tu kebocoran pulak tu.. Haiyoo.. jangan salah paham ek.. baca dulu la sampai abes then baru nilai. Occay.. last week merupakan minggu Ujian Task Force III untuk bulan Jun.. Namun perjalanan Task Force IIITask Force I dan II (April n May).. pendek kata.. tidak seperti yang sepatutnya ia berjalan. Seperti biasa.. apabila kertas ujian ini diterima daripada pihak pejabat, Ketua Panitia @ Guru Subjek akan memeriksa dulu soalan-soalan tersebut bagi memastikan tidak berlakunya sebarang kesilapan yang tidak disengajakan. Kemudian setelah semuanya dirasakan tidak ada cacat celanya.. barulah ianya akan diedarkan kepada murid mengikut jadual waktu yang telah pun ditetapkan (mengikut format UPSR sebenar..). ini tidak seperti

Tapi peliknya pada Ujian Task Force III ini.. semua kertas soalan bagi Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Malaysia sampai ke tangan guru subjek masing-masing… Tapi tidak bagi subjek Maths. Haiyoo… Kemana menghilangnya kertas soalan Maths?! Pihak pejabat terlupakah untuk menghantarnya bersama-sama kertas soalan subjek lain?! Atau bagaimana ya?! Aduh… Agak pening seketika…~

Mustahil pihak pejabat melakukan kecuaian bodoh seumpama itu.. Namun akhirnya persoalan terjawab.. Kertas soalan itu ada pada Yang Berusaha, Penolong Kanan I. Memang “Berusaha” sangatkan…?! Moteef?! Apa ko ingat ko Ketua Panitia Mathematics?! Apa ko ingat ko guru subjek Tahun 6?! Apa ko ingat ko guru opsyen Mathematics?! Ataupun.. apa ko ingat ko cantik?.. Cerita tidak sampai di situ.. macam tak berending ler plakkan.. so ayuh kita teruskan..

Apakah motif kertas soalan itu berada di tangan pondan itu?! Setelah risik punya risik.. maka ketahuanla bahawasanya.. pondan itu menjaja cerita kepada sekalian umat manusia di sekolah itu yang dia tak nak kertas soalan kali ini BOCORRR!!! Seperti yang sebelum ini..(katanyer…) Haiyooo… cantik ker ko?! Sesuka hati mak bapak ko kata soalan sebelum ini bocor. Itulah dia.. aku dituduh membocorkan soalan Task Force II sebelum ini dan menjadikan 8 daripada 10 orang lulus subjek Maths. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan prestasi 80% lulus itu, maka pondan itu pun mengorek rahsia daripada para murid sama ada soalan itu bocor atau tidak.. 9 daripadanya mengatakan “tidak” dan 1 daripadanya mengatakan “ya”.. eh.. haluu.. ko nak ker dikatakan membocorkan kertas soalan sedangkan ianya tidak berlaku..?! Sungguh tidak AMANAH!!!

Setelah penyiasatan aku jalankan.. rupa-rupanya seorang murid yang mengatakan “ya” tadi sebenarnya keliru dengan soalan latihan yang aku berikan sebelumnya dan menjadikan ianya mempunyai persamaan dengan soalan Task Force II. Itu pun hanya sekadar 1-2 soalan. Jadi.. berbalik kepada Soalan Task Force III ini.. bermula dari mengedarkan kertas tersebut.. sehinggalah mengawasi murid menjawab soalan tersebut… aku tidak diarahkan untuk berbuat demikian.. malahan pondan itu yang mengedar dan mengawasi kelas. Apa yang cuba dia nak buktikan aku pun tak tahula.. mungkin dia nak sangat melihat kesepuluh2 murid itu gagal subjek aku.. al maklumlah.. subjek Maths in BI.. kan 1st tahun nie.. dia ajar Maths sebelum nie dalam BM.. tapi prestasi budak sebelum2 nie tak adalah memberangsangkan sangat pun.. sekadar cukup makan.. jadi mungkin kerana tergugat dengan aku seorang pendatang baru di arena ini.. yang juga merupakan DG41.. (Opss.. di usia 21 tahun aku dah menggenggam degree… di usia itu.. aper yang ko buat ek?! Ahakss…) mungkin kedengkian itu memuncak kerana 8/10 lulus sebelum nie.. Lebih memanaskan telinga aku mendengarnya apabila dia mengatakan..”kalau ikutkan hati.. nak jer aku yang semak kertas nie…tapi tuh dah kira melampau la tuh”.. wah.. tau plak melampau.. dan keesokan harinya selepas jadual sebenar berlangsung, kertas soalan yang telah dijawab oleh murid diserahkan kepada aku untuk disemak..

Setelah menyemak kertas soalan itu…sekali lagi aku tersenyum sumbing.. kerana apa… 9 daripada 10 orang murid lulus!! Maknanya 1 orang sahaja yang gagal!! Dan maknanya juga ada peningkatan daripada 80% kepada 90%.. Hahaha… bukan main aku bersorak kat office.. dan aku berjaya membuktikannya… betapa puasnya hati aku… puas yang teramat sangat.. dan paling best aku sempat perli dia lagi time dia bagi kertas soalan yang dah dijawab oleh murid.. “Eh. Cikgu dah semak dah ke?”.. dengan muka yang tersipu-sipu tak tahu malu dia cakap belum dan terus berlalu.. Baru padan dengan muka dia.. pondan sangat!!! Ketika dia memberikan kertas soalan itu.. aku tengah menyusun2 fail panitia dan buku2 teks / kerja murid-murid Tahun 6.. aku nak serahkan tugas sebagai Ketua Panitia dan Guru Subjek MT pada dia.. dia nak sangatkan.. tapi nasib baik dia serahkan kertas tuh pada aku.. kalau memang dia juga yang akan semak kertas itu.. memang fail-fail dan buku-buku teks itu telah ku hempaskan di mejanya dan berkata.. “NAH.. KO AMIKLAH JAWATAN AKU NIE.. DAN KO MAKANLAH DUIT SBT AKU SEKALI”…

Eh.. belum abes lagik ni.. lepas aku dah semak dan dah tau 9 daripada 10 orang lulus.. aku pun masuklah kelas Tahun 6 dan dengan suara yang kuat sengaja menjerit.. ”Ader tak soalan bocor ?”… dengan semangatnya 4-5 orang murid menjawab… Ader Sir.. ada soalan yang sama macam dalam activity book ”… Tak ker ko hangin mendengarnyer..?! Rupanya budak-budak nie tak tahu makna soalan bocor… maklum… masyarakat ulu tidak didedahkan dengan isu-isu macam nie… haha.. jadi aku pun hanya tersenyum jer la… dah tuh jer yang mampu aku buat… Senyum puas…!!

So pengajarannya.. banyak jugak nie..

Pertama… Jangan suka berprasangka buruk pada orang lain dan menuduh tanpa usul periksa. Hanya seorang mengatakan kertas soalan bocor ko mengandaikan yang sembilan orang lagi pun berkata benda yang sama. Tersangatlah hanjeng perangai ko!!

Kedua.. Ko jangan ingat ko Penolong Kanan I jadi ko berhak melakukan apa saja dan membelakangi aku sebagai Ketua Panitia. Jangan sama sekali menyalahgunakan kuasa yang diberikan..!

Ketiga… Jangan ingat aku guru baru ko bleh jatuhkan dengan benda-benda bodoh semua nie. Ko harus ingat.. aku DG41.. ko tuh sekadar DGA32.. pengalaman ko tak cukup untuk jatuhkan aku. Mentang-mentang aku muda ko hengat fikiran aku cetek.. ko silap besar.. lain kali sebelum ko nak cari pasal dengan aku… ko fikir dulu 2-3 kali.. layak ker ko nak bersaing dengan aku..

Keempat.. Hentikanlah dengki mendengki nie. Tak perlula ko dengki dengan aku hanya kerana baju batik aku silih berganti tiap Khamis.. nak buat macamanakan.. dah aku mampu nak berbatik-batik yang cantik dan mahal.. so aku pakaila.. yang penting aku x kutuk ko pun pakai batik yang sama yang harganya tak sampai RM50 tu tiap minggu..

~ by phyneballerz81 on June 28, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: