PRU!!

Tak ubah seperti di Hari Raya.. dimana kelompok-kelompok manusia ini membuat pilihan untuk menikmati juadah yang pelbagai aneka yang terhidang di atas meja.. dan juga hidangan pelbagai kuih-muih yang beraneka warna.. beraneka bentuk dan corak.. dan beraneka balang (namun rasa tetap sama..kah3x..).. dan begitu jugalah definisinya pada aku pilihanraya nie.. di mana-mana pun semuanya sama.. perang poster tak usah cakaplah.. penuh.. meriah.. bandar-bandar atau pekan-pekan yang dulunya muram.. kusam.. sunyi.. meriah dengan poster-poster pelbagai rupa.. pelbagai kaler nie… memang nampak cantik (walaupun ada sesetengah tempat yang nampak semak dan agak menyakitkan mata dan hati!).. dan agak melucukan.. tepat pukul 5 petang… setelah berakhirnya pusuan orang datang mengundi… sedikit demi sedikit.. bahu-bahu jalan kelihatan bersih… pembahagi-pembahagi jalan kelihatan luas… dan roundabout2 pun kelihatan kosong perlahan-lahan… tiada lagi kelihatan poster mahupun bendera-bendera parti yang memperjuangkan hak masing-masing. Inilah yang dinamakan CEKAP!!!.. memang cekap yang teramat…


Tapi kecekapan ini rasanya bukan di pihak parti. atau pun calon yang bertanding.. tapi di pihak orang ramai (sama ada yang mengundi atau pun tak mengundi)… yang juga termasuk penduduk di persekitaran poster, banner dan bendera dipasang.. diorang-diorang nie la yang berebut menyediakan lori-lori kecil untuk mengangkut plywood2 yang terlekat poster di atasnya untuk dibawa pulang ke rumah untuk dijadikan dinding tambahan.. untuk dijadikan dek baru bagi menggantikan dek lama yang telah hancur terkena titisan2 hujan… erm… bagus jugak lahkan… KREATIF!!!… alangkah lebih baiknya kalau kekreatifan itu disalurkan ke arah yang lebih meluas lagi… confirm rakyat Malaysia akan lebih maju lagi pemikiran dan gaya hidupnya…

Banyak juga nilai-nilai yang dapat diterapkan dalam diri masyarakat Malaysia nie sepanjang berlangsungnya pilihanraya nie.. haha.. Nilai Cekap itu tadi boleh juga dikaitkan dengan PRIHATIN.. andaikatala sekiranya diorang-diorang nie menganggap yang poster itu adalah sampah.. bukan kah lebih baik.. ternampak jer sampah di mana-mana.. terus pegi kutip… sah-sah bersih bumi Malaysia nie sepanjang masa. Tapi itula.. mentaliti rakyat Malaysia nie.. mereka tak akan buat sesuatu yang tidak ada kepentingan pada diri sendiri… (aku pun ker?!!)..

Apa pun… syabas dan tahniah kepada calon dan parti yang menang. Agak terkejut seketika bila dapat SMS dari rakan guru di pagi hari yang berasal dari Kedah mengatakan PAS menang besar di sana.. hehe.. bukan apa… Rakyat Kedahkan memang dah lama menantikan kemenangan PAS di negeri itu.. jadi sekarang bergumbiralah… hehe.. dan yang di tempat-tempat lain tuh.. tak kira parti apa pun anda… sekali lagi Syabas dan Tahniah…!! Ingat janji-janji yang ditaburkan… yang dihamburkan pada rakyat…!! ngeh3x…

~ by phyneballerz81 on March 9, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: