Pemeriksaan Kesihatan


Pada 5 Mac baru-baru nie.. sekolah aku didatangi oleh rombongan kakitangan dari Klinik Kesihatan yang letaknya tak berapa nak jauh dari sekolah. Kedatangan diorang nie tak lain tak bukan hanya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Murid-murid yang jadi sasaran adalah dari Tahun 1 dan Tahun 6. Pemeriksaan kesihatan nie termasuklah suntikan bagi semua murid Tahun 1 dan semua murid perempuan Tahun 6. Tapi tak berkesempatan pula nak menanya para kakitangan Pusat Kesihatan nie apakah nama suntikan tersebut. Tapi kalau tidak silap aku lah kan.. Suntikan untuk murid Tahun 1 nie adalah Suntikan Imunisasi yang wajib untuk kanak-kanak berusia 7 tahun.. (maaf ye tuan doctor kalau tersilap.. x tau la nama yang specific).. Tujuan suntikan ini adalah untuk melindungi kanak-kanak dari dijangkiti penyakit merbahaya. Dan begitu juga untuk Tahun 6.. murid-murid perempuannya menerima Suntikan Rubella.. pun sama gak… ini pun merupakan Suntikan Imunisasi Rubella.. jadi tak taula sama ada suntikan tersebut sama jenisnya dengan yang Tahun 1 atau tidak.. apa yang penting… “Ada Aku Kesah?!!” kwang3x


Jadi aku pun turutla menyebokkan diri di acara-acara macam nie.. akukan memang suka gak kecoh-kecoh nie.. ibarat kata.. irama dan lagu.. tak der kecoh tak der ler aku.. tak der aku tak der ler kecoh.. eh gitu ker?! Lebih kurang ler.. Namun aku peratikan ada gak mata-mata liar yang dok pandang-pandang aku.. al maklumlah… time tuh ada kelas sebenarnya… tapi biasalah.. aku kan hal-hal dokumentasi sekolah nie memang pantas, cekap dan hebat (Nah.. dengki la tuh sapa-sapa yang baca nie..).. Tangkap-tangkap gambar nie kan memang hobi.. walaupun gambar yang ditangkap tuh tak lah cantik mana.. janji ada.. dan janji ada inisiatif untuk mewar-warkan (camtuh ker eja?) sesuatu berkaitan aktiviti sekolah.. daripada yang diam duduk mengangkang tau bercakap jer tapi hasil pun tarak… huhu..


Ok sambung balik… lebih kurang 2 jam kakitangan pusat kesihatan nie menjalankan pemeriksaan, budak-budak pun balik ke kelas masing-masing.. ada yang mata berair.. ye la.. kena inject.. biasa le tuh.. aku pun dulu kena inject walaupun tak sakit mana tapi tangisan ya ampun… tapi kerana itu jugak la.. aku berjaya merangkul pelakon air mata terbaik… arghh…. itu kita sebagai latihan la tuh zaman budak-budak dulu tuh… Beria-ia nak lari asal ada dengar berita nak kena injection.. ataupun cabut gigi.. tapi akhirnya berjaya dicekup dek guru kelas.. kwang3x.. tapi skarang nie kalau nak inject pun tak kisah.. tapi hanya injection terpilih jer yang bleh contohnya injection Vit C dan Botox.. kwang3x… Ok duu….

~ by phyneballerz81 on March 9, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: