KWAPM..

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin.. korang tau ker aper?! Amboi.. tau ler korang kaya.. tapi tak per ler… warga pendidik rasanya x der yang berkecuali dari tak tahu pasal KWAPM nie kan..


Al kisahnya.. 6 Mac lalu sekolah kitorang telah pun melaksanakan penyerahan duit KWAPM kepada murid-murid yang layak. Eh, rasanya satu sekolah layak.. ye la.. rata-ratanya pendapatan ibu bapa pun memang melayakkan mereka menerima bantuan tersebut.. walaupun penyerahan bantuan ini agak terlewat sedikit.. namun itu bukan isunya… Isu yang nak diutarakan di sini ialah… “Kemanakah mengalirnya bantuan KWAPM ini?”… atau pun lebih tepat kemana para ibu bapa yang “cerdik pandai” ini menyalurkan duit anak-anak diorang nie?!..

Bantuan KWAPM ni terbahagi kepada dua iaitu Bantuan Am dan Bantuan Persekolahan. Jadi sudah tentunya duit yang diberikan ini adalah insentif kerajaan kepada para murid untuk melengkapkan diri dengan sebarang kelengkapan persekolahan seperti baju sekolah, seluar sekolah, kasut sekolah, alat tulis, buku-buku dan sebarang keperluan yang berkaitan dengan kegunaan sewaktu berada di sekolah. Selalunya.. bila dapat jer duit nie, ada juga terlihat kelibat murid yang memakai baju kemeja sekolah yang putih bersih.. baju kurung yang masih lagi dapat dilihat dengan jelas lipatan dari kedai (nampak sangatla baju tuh belum bercuci).. masih ada bau-bau kedai. Namun yang demikian… murid-murid yang memakai pakaian yang serba baru ini hanya boleh dikira dengan jari… itupun cuma sebelah tangan sahaja… (faham ker?).. Jadi persoalannya sekarang… murid yang tidak memakai baju baru, mahupun seluar atau kasut baru.. (masih lagi memakai kasut yang koyak rabak).. dan tidak mempunyai buku latihan yang mencukupi dan juga masih menggunakan pensel yang agak kontot… kemanakah perginya duit KWAPM yang telah diberikan kepada para ibubapa/penjaga yang diamanahkan untuk membelanjakan duit tersebut untuk kegunaan anak-anak mereka?!

Jangan tak tau.. time-time macam nie la ada para ibubapa yang meminta kebenaran dari pihak sekolah nak bawa anak mereka ke bank untuk buka akaun katanya… tapi… betulker buka akaun?! atau sekadar membawa anak berbelanja barang keperluan dapur (ataupun barang keperluan /peribadi si ibubapa sendiri) di pasar?! Nah… dan murni sungguhlah niatmu wahai Sang Ibubapa yang mempunyai kesedaran untuk membuat saving nie.. sekurang-kurangnya minda tuh dah terbuka… tidak lagi simpan duit di bawah bantal.. mahupun di tabung buluh yang dibuat sendiri… Tapi masih juga menimbulkan masalah… masalahnya ialah.. apakah perlunya menyimpan duit di dalam bank (tidak digunakan langsung) tetapi baju si anak yang dulunya putih bersih sudah kusam kekuning-kuningan… kasut yang dipakai telah menampakkan ibu jari kaki yang memberi isyarat untuk minta ditukarkan dengan yang baharu.. apa gunanya si anak masih lagi meminjam pensel kawan lain untuk menulis..?! Huh.. sudahla.. malas nak panjang-panjang… cuma satula.. kepada para ibubapa nie.. tolonglah bersikap realistik…Eh Haluuu…walaupun korang kat Ulu Pedalaman Nan Hutan Belantara…. ini bukan alasan untuk anda tidak tahu apakah makna semua ini dan kemanakah patut anda belanjakan duit anak anda.. Bila ada orang yang mengatakan anda ni orang kampung.. orang ulu… orang yang tak tau apa-apa… orang yang ibaratnya hidup di zaman purba… pandai pulak ala-ala nak melentinglah kononnya.. Ye.. Ye.. kami orang luar nie sedar tuh.. anda bukan orang purba… kalau purba tak adalah PARABOLA berada di mana-mana… tak der ler plak sampai berbotol2 Jack Daniels di atas para dapur anda… tapi cakap banyak pun tak gunakan… anda bukannya boleh dinasihatkan dengan cara begini.. apa pun diharapkan anak anda yang dah agak besar panjang yang dah jauh merantau ke semenanjung katanya mencari kerja.. terbacalah akan blog-blog seumpama ini.. okey… cau cin cauuu….

~ by phyneballerz81 on March 9, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: