Satu Kelainan

Hah.. hari ni sama gak ler macam hari-hari sebelumnya.. tak der mender sangat pun nak dibuat kat rumah. Tapi memandangkan majlis kawen nie pun dah nak dekat.. so terisi jugak la masa dengan membuat serba sedikit persiapan perkahwinan. Bermula dari semalam, Nganga Murni dah pun start buat bunga telur untuk nak bagi pada orang yang menginai pengantin nanti.. Nama jer pun bunga telur.. namun yang pastinya.. ianya berbeza dengan yang biasa. Ye la.. selalu orang akan buat bunga biasa-biasa jer pastu letak telur.. ader plak orang bagi benda macam kipas tangan ler.. atau apa-apa jer ler yang menampakkan kelainan..

So memandangkan nganga aku nie agak kreatif jugak orangnya.. malam berinai nie merupakan duit yang digubah menjadi bunga dan diletakkan sebijik choc ferrero rocher bagi menggantikan telur.. hah.. motif sangatkan.. ko ader nak bagi choc ganti telur?! tak der kan.. sebenarnya idea duit dijadikan bunga nie memang dah agak lama.. kira macam turun temurun juga..dulu kakak aku kawen pun duit juga dijadikan bunga.. tapi yang ni lain plak. konsep dia sama namun olahan dia ada sedikit perbezaan.. not seringgit2 nie.. sebanyak lima keping dijadikan sekuntum bunga.. jadi jumlahnya RM5 ler bagi sekuntum bunga.. jadi aku pun menambahkan la sedikit idea iaitu dengan meletakkan sebijik ferrero rocher yang aku order dari Labuan.. huhu.. maklumla pulau bebas cukai.. haruslah chocolate pun murah kat sana kan.. kalau nak beli kat kedai-kedai ataupun airport.. bankruptla aku.. jadi nak dihitung-hitung jumlah kos bagi sekuntum bunga nie.. mau-mau jugalah dalam RM10.. hah.. beruntung saper yang menginai ye.. mana tak RM10.. cash money jer dah RM5.. choc RM1.50.. ribbon lagik… biji-biji kristal lagik.. labuci lagik.. lidi lagik.. cellotape lagik..dawai lagi… hah.. tuh pun rasanya dah lebih RM10.. tuh tak masuk upah lagik.. nasib baik la makcik sendiri yang buat.. kalau hantar pi kedai.. mau-mau RM5 diorang minta upah bagi sekuntum bunga. Jadi semuanya ada 50 tangkai..50 kuntum.. kalaulau RM5 diorang minta upah sekuntum.. kalau 50.. upah jer dah RM250.. motifkan?!! jadi save la juga budget…

Tapi ni pun belum abes lagi sepenuhnya.. mungkin sambung esok kot.. skarang ni pun tengah fikir idea untuk nak tambah-tambah la apa yang patut.. huhu.. tengokla hasilnya…

~ by phyneballerz81 on November 28, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: