Ntahla.. kenapa sejak akhir-akhir nie.. macam dah tak ada hati dah nak updatekan blog nie. Kalau masa nie berada dekat ulu memang kukuh sangatlah alasan tuh.. tapi la nie duduk umah.. hari-hari mengadap internet. Bukan tak buka pun blog nie.. tapi masalahnya nak mengupdate tu yang malas. Tapi tak apala.. demi untuk kawan2 (sahaja!!).. aku cubala juga luangkan masa untuk mengepost..
Memandangkan hanya tinggal beberapa hari saja lagi akan berlangsungnya majlis perkahwinan abang aku.. jadi skang nie agak sibuk la juga membuat segala persiapan. Alhamdulillah.. banyak jugak la benda yang dah siap.. kad jemputan pun dah siap tinggal tunggu nak edar jerk.. biskut-biskut pun dah start buat hari nie.. biskut tahan lama jugakkan.. tuh yang buat awal pun x kisah.. cuma kek tuh.. terpaksala order sebab dah tak larat dah nak buat di saat-saat akhir nanti.. mana nak monitor orang buat pelamin..buat kanopi.. huhu.. nasib baik jugakala halaman rumah pun dah bersimen.. mana-mana bahagian rumah yang belum dicat dah pun dibereskan.. senang hati jugakla semuanya berjalan dengan lancar..

Dalam pada membuat segala persiapan.. ada jugala benda-benda yang tak diingini berlaku yang tak ada kaitan pun dengan majlis kawen nie. Nak kata sedih… of cozla.. rasa cam nak nangis jer bila benda nie terjadik.. tetiba teringat pada Kak Bell.. (Bellariena Natasha).. terkenang nasib Kak Bell dengan seseorang ittew… huhu… Sabarla Kak Bell.. nasib kita serupa jerk..

So berbalik kepada persiapan majlis kawen nie.. x sangka walaupun aku yang paling kecik dalam family tapi diberikan tanggungjawab yang agak berat juga. Family tetiba suruh aku yang fikirkan konsep pelamin macamana, kaler apa, aku plak kena carik tukang buat pelaminnya.. pastuh nak cari tukang gambar lagi.. huhuhu.. bukan tak bleh gambar sendiri.. amik tuh memang la amik.. tapi family nak jurugambar profesional.. wah…!! jadi nak tak nak terpaksala mencari.. nasib baikla member pun ada buat bisnes nie dan kira profesionalla jugak, jadi tak ada la masalah sangat. Jangan tukar rancangan last minute dah la..

Ok la.. cukup2la citer pasal kawen2 nie.. seterusnya nak amik kesempatan juga nak cerita pasal Majlis Anugerah masa kat ulu hari tuh.. huhu.. dah la jadi emcee, kena buat backdrop pulak, jadi Ajk peralatan lagi.. jadi hakim sukaneka lagik.. jadi ketua persembahan lagi.. haiyoo… motif sangatkan segala yang kesenian dan kebudayaan nie terus letak kat atas kepala aku.. memang masa ni terbeban sangat dengan semua kerja-kerja bodoh nie.. lebih-lebih lagi dah nak balik kampung.. fikiran dah tak der dah kat sekolah.. dah ada kat kampung dah masa tuh jadi hasil kerja pun sedikit sebanyak ada lah juga terjejas. Tapi nasib baik jugakla.. semua-semua yang di bawah aku tidak menampakkan kecacatan yang maha ketara.. dari backdrop.. hinggala ke persembahan.. hinggala ke peralatan.. hinggala final call.. huhu… jadi emcee.. semuanya nampak 99% perfect.. cuma yang nak tergelak dalam pada menyampaikan hadiah tuh..hadiah tersalah beri kepada murid. Haha.. tergelak bukan apa.. tergelak pada orang yang incharge bahagian tuh la.. dia punyala buat persiapan bagai nak rak.. sampai x bergaul dengan orang lain.. terperap jer kat rumah buat persediaan katanya.. ala-ala persiapan yang rapi la.. tapi masa hari penyampaian anugerah.. bahagian dia yang menunjukkan kelemahan yang amat mengaibkan.. nasib baikla emcee pun pandai la sikit2.. cuba gak cover kesalahan member.. (tetap nie nak puji diri sendiri)

dan ini juga merupakan kali pertama aku handle bahagian backdrop.. aku mana pernah pun buat benda2 nie semua.. kat IP pun sebelum nie memanjang jadi emcee.. tetiba disuruh kendalikan kerja2 backdrop terpaksa la jugakkan.. nasib baikla para cikgu yang budiman dan ppm turut membantu menyumbangkan idea dan mengerahkan tenag
a.. thanx to Wani, Ozey, Alip, Kak Yana n Yut.. dan setelah bertungkus lumus.. lihatla sendiri hasilnya yang x berbaloi dengan tungkus lumus aku.. tergelak tengok backdrop dan hiasan pentas yang aku buat.. ala-ala pelamin gitu.. namun.. walaupun buruk.. tetap orang ulu kata.. “wow.. manah amat”.. haha.. apa maksud dia?! Tanya orang Iban.. hehe… lihatla hasil yang tak seberapa nie..

~ by phyneballerz81 on November 25, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: