Berkelah!!

23 June 2007
Hari nie seperti yang telah dijanjikan, aku, Ozair dan Alip akan pergi berkelah di hulu sungai yang khabarnya ada air terjun. Memang niat untuk berkelah nie dah lama kami pendam.. sejak datang ke sini lagi. Namun, rentetan daripada kesibukan orang-orang yang berjanji nak ajak kami sebelum nie.. maka segala-galanya tertunda. Ajakan dari Doris, sorang teman baru dar

i rumah panjang nanga engkuah untuk pergi berkelah bersama rakan-rakannya tidak aku lepaskan. Aku segera setuju dengan ajakan Doris dan aku tanpa berlengah lagi terus mengajak dua orang teman aku nie.. Ozair dan Alip.. Diorang berdua nie memang sporting ler… ajak pegi mana jer pun tak pernahla menghampakan setakat ini.

Tepat pukul 7.30 pagi lagi aku dah terpacak kat rumah Kak Naja sebab nak tolong apa yang perlu sebab aku minta tolong dengan dia untuk sediakan bekalan kami. Cuma mihun goreng jer pun yang aku suruh dia masak.. Ye la.. amik ringkas jer kan. Sebab aku pun tak tau Doris n the geng akan bawa aper kan.. sebab semua-semua bab makanan memang kami tak plan pun. Pukul 8 pagi.. semuanya settle.. aku dan Kak Naja sempatlah bersarapan bersama sementara menunggu Doris datang. Doris janji akan amik kami pukul 9 pagi.. jadi setengah jam sebelum tuh, aku dah kejutkan Ozair dan Alip. Diorang masih tido lagi masa tuh. Sementara nak menunggu diorang bersiap.. aku pun aper lagik.. amik kesempatan ler berkaraoke kononnyer satu dua lagu.. Tengok-tengok jam dah pun pukul 9.. kelibat Doris pun masih belum nampak lagi. Kononnya tadi nak nyanyi satu dua lagu tetiba plak bleh jadi 15 buah lagu.. itu aku jer.. belum lagi Ozair dan Alip. Hah.. bayangkan.. jadi rasa-rasanya pukul berapa ye Doris datang?!

Tepat pukul 10.30 pagi.. Doris n the geng pun sampai amik kami.. wah.. nie ler perkara paling aku tak suka nie.. lewat sampai sejam setengah.. memang aku pantang nie. Walau apa pun.. aku cuma mampu berdiam diri jer ler.. maklumler.. diorang nie pun baru aku kenal.. tak best plakkan kalau perli-perli nanti.. kecik ati diorang.. hehe… Kami pun bertolaklah ke destinasi yang telah dirancangkan.. lebih kurang 5-10 minit perjalanan, kami berhenti di batu karangan sekejap untuk menjala ikan. Wah.. sekali jer jala ditebarkan adalah lebih kurang 10 ekor ikan kami dapat.. lumayan nie. Dah memang rezeki kami kot.. sebab diorang cakap sebelum nie diorang menjala memang tak banyak ikan… kali nie berbeza sedikit.. Baru diorang tau penangan kami. Kami sempat berhenti di dua buah batu karangan untuk menjala ikan. Dan di batu karangan yang terakhir memakan masa lebih kurang 15-20 minit perjalanan dari sekolah.

Sampai-sampai jer.. Doris n the geng tanpa membuang masa terus membersihkan ikan yang dijala tadi. Selain tuh, diorang juga ada bawa bekalan lain seperti ayam dan ikan semar. Dan kami plak ditugaskan untuk menghidupkan api.. lebih kurang 10 minit macam tuh.. kami berjaya menyalakan api. Sementara diorang perempuan-perempuan nie menghabiskan kerja diorang.. kami bertiga amik kesempatan untuk mandi.. Wah.. ada yang menyelam.. berenang.. aku nie yang tak pandai berenang nie sebok juga nak merenangkan diri.. dan akhirnya.. aku berjaya juga..bukan berjaya berenang.. tapi berjaya menimbulkan diri. Haha.. teknik ni aku panggil renang terlentang sambil cycling.. wah.. hebatkan.. aku punyer ler beria mempraktikkan apa yang baru aku pelajari nie.


Lebih kurang 15 minit kami berenang.. kami pun naik sebab nak tolong diorang nie bakar ikan. Apa yang menariknya.. kami diperkenalkan dengan cara masakan baru iaitu Pansuh. Pansuh nie memang terkenal di kalangan masyarakat Iban.. iaitu masak dalam buluh. Apa-apa saja yang dimasak di dalam buluh tak kiralah ayam ker ikan ker tetap dipanggil pansuh. Dan hari nie.. diorang telah memansuhkan kedua-duanya sekali , ikan dan ayam selain ikan bakar. Banyak jugak ikan yang perlu dibakar nie. Setelah semuanya masak.. masa untuk menjamu selera pun bermula.. banyak jugak lauk diorang bawa.. maklumlah.. diorang ada bawa nasi.. jadi nasi tanpa lauk memang tak lengkapkan.. diorang ada bawa ikan pansuh dari rumah, sayur lobak la, timun la.. ditambah lagi dengan ikan pansuh dan ayam pansuh yang baru dimasak.. Memang banyakla. Namun begitu.. disebabkan ketidakyakinan terhadap masakan itu.. al maklumlah.. nasi semua tuh disediakan dari rumah, jadi kami tak nampak diorang masak macamanakan.. jadi kami bertiga pun tidak menjamahnya walaupun sedikit. Takut juga diorang berkecil hati..tapi harap-harap diorang fahamlahkan. Jadi kami pun hanya makan mihun goreng, ayam pansuh dan juga ikan pansuh tuh. Ikan bakar aku memang tak bleh makan ler.. sebab maklumlah, ikan sungai nie banyak tulang. Memang amik masa berjam-jam ler nampaknya untuk menghabiskan seekor ikan. Sikit pun langsung aku tak sentuh. Tapi diorang tau juga aku memang tak makan ikan yang banyak tulang..


Dah selesai makan semua, kami bertiga amik kesempatan lagi untuk mandi. Seronok gila babai betullah.. disebabkan mungkin tak tahan hati.. maka geng-geng diorang pun ikut mandi sekali kecuali Doris.. lebih kurang setengah jam mandi-manda, kami diajak lagi ke satu kawasang air terjun katanya.. kami nie ikut jer pun.. mana la tau aper-aper. Lebih kurang 5 minit berperahu, kami pun sampai ke kawasan yang dimaksudkan. Wah.. air lagi la jernih.. ada kaler biru.. kaler hijau.. memang seronok. Tapi kalau nak ke air terjun memang agak jauh sedikit la berjalan kaki.. jadi kami amik keputusan untuk mandi ditempat yang dekat-dekat jer. Walaupun dekat namun tetap dalam airnyer.. diorang bukan main lagi menyakat aku sebab diorang tau aku takkan menyeberangi sungai tu disebabkan kedalamannya. Jadi diorang pakat ramai-ramai gelakkan aku.. tapi aku tak kisah pun.. daripada jadik apa-apa nanti.. baik aku ikut kata hati aku kan untuk bermain di kawasan yang dalamnya paras leher aku.. (wah.. tak dalam ko cakap tuh?!!) aku kat situ jer ler berenang-renang sendirian.. Sementara geng-geng Doris yang lain pergi memukat ikan.. tapi aku pun tak tau dapat ker tak sebab akhirnya aku tengok semuanya syok berendam dan berenang di dalam air.. wakakaka..

Hampir sejam kami di kawasan tuh.. kami pun amik keputusan untuk berangkat pulang. Ye lah.. masing-masing dah kesejukan tahap cipan.. walaupun matahari terik nun jauh di langit.. dan akhirnya kami selamat sampai ke sekolah pada pukul 3 petang. Wah..seronok jugak picnic kali nie.. rasanya kalau ada masa dan kesempatan.. nak lagi pergi berkelah dengan diorang-diorang nie.. harap-harap diorang tak seriklah nak ajak kami lagi.. hehehe…

~ by phyneballerz81 on June 30, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: