KAGUM Tarian Kebangsaan!!

Inilah beberapa foto yang sempat diambil semasa KAGUM Tarian Peringkat Kebangsaan di mana IP aku telah menjadi johan dalam EtnikKreatif. Kira dah basi dah pun cerita nie.. dah lama dah nak buat entry pasal nie, cuma masalahnya baru sekarang berkesempatan dapat pic² nie dari member.

KAGUM Tarian yang diadakan di IPDA, Kedah nie memang meriah sangat. Ada dua kategori dipertandingkan. Rampaian Melayu dan Etnik Tradisional Kreatif.. Untuk Rampaian Melayu yang rata²nya IP dah memperkatakan di sana sini bahawa IP kami akan bawa balik gelaran juara itu, nampaknya meleset. Ini kerana panel juri mengatakan bahawa konsep kami untuk kategori itu sudah larik (motif sangat!!).. banyak jugak komen² yang diorang utarakan pada team kami walaupun banyak jugak yang tidak relevan. Salah satu yang susah nak terima akal apabila mereka mempersoalkan pakaian penari wanita kami yang seperti mendedahkan aurat iaitu lengan baju perempuan terlalu besar dan apabila penari perempuan mengangkat tangan lengan baju itu akan terselak hingga ke siku. Wah.. relevan sangatkan.. sedangkan penari istana zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu penari perempuannya siap berkemban lagik.. Tarian Asyik/Mak Yong dah sah² pakaian pun ala² kemban jerk.. tapi tak apalah.. kami ni boleh dikategorikan sebagai IP yang baik.. kami tak mahu membantah.. biarlah.. lain juri lain penilaian mereka. Tapi kami bangga apabila dipuji IP kami merupakan satu²nya yang lain daripada yang lain dan sangat kreatif.

Manakala untuk Etnik Tradisional Kreatif, kami dinobatkan menjadi johan. Tapi seawal bermulanya pertandingan lagik memang kemenangan ini sudah dijangkakan kerana konsep tarian kami yang begitu kuat dengan etnik Sabah membawa tuah kepada kami. IP² lain yang mewakili negeri² di Malaysia banyak yang tidak menunjukkan kaum atau etnik sesuatu negeri tersebut.. ada IP dari Semenanjung (Kuala Lumpur) menyelitkan Tarian Sumazau dalam persembahan mereka. Sah² memangla kurang markah kat situ kerana KL bukan dikenali dengan Tarian Sumazau. IPTAR pulak.. walaupun sepatutnya kaya dengan budaya yang sangat ‘cantik’ jika ditonjolkan pada malam itu juga gagal memberikan persembahan yang menarik. Disebabkan ingin memenuhi syarat “kreatif” itu, sampai mereka terlupa yang mereka telah jauh lari dari etnik / kaum yang ada di Sarawak. Jikalah aku seorang penonton yang tak tau apa² pasal budaya, tatkala IPTAR mempersembahkan tarian diorang, memang aku tak akan tau yang ini adalah IP dari Sarawak. Walaubagaimanapun, juri tidaklah zalim sangat.. markah kreatif dah busana yang amat cantik merupakan kredit bagi mereka dan akhirnya untuk kategori ini mereka mendapat tempat ketiga.

Apa yang menariknya, IP Keningau dan IPTAR merupakan “sahabat seborneo” yang baik. Sama² saling support kedua² IP. Sewaktu IP kami membuat persembahan, IPTAR bersorak memberi semangat kepada kami.. dan begitu juga sebaliknya. Ada juga IP² yang begitu teruja melihat persembahan etnik kreatif kami sehinggakan separuh dari dewan berdiri memberikan tepukan ketika ending mangunatip kami (motif ko nak jadi Mila?!) . Video di bawah merupakan ‘ending’ bagi etnik kreatif kami. Namun ada juga IP yang tidak begitu sporting apabila mereka tahu kekalahan mereka, mereka tidak hadir sewaktu majlis penyampaian hadiah. IP tersebut adalah IP Perempuan Melaka (macam tuh ler kot nama IP ni..)..

Sekian laporan untuk kali ini.

~ by phyneballerz81 on June 2, 2007.

One Response to “KAGUM Tarian Kebangsaan!!”

  1. Hello,

    Looking for pictures of the Group Sri Tari Sandakan to put on our website (www.dophei.be) I ended up on your blog.
    From what I know you will be guest on our International Folkdance festival in Vosselaar, Belgium in August.
    If you have any other pictures from your group you can always send them to me (dophei@pandora.be)

    Kind regards!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: