Salam Aidiladha n Happy New Year 2007!!


Hi.. Pertama sekali rasanya tak terlewat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kaum muslimin dan muslimat… dan juga Selamat Tahun Baru 2007 kepada semua.. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini.. kalian akan sentiasa dan terus ceria melayari bahtera kehidupan harian dengan azam, semangat dan cita yang tinggi..

Untuk raya tahun ni.. sama seperti tahun-tahun lepas.. menyambut Aidiladha di kampung aku yang tercinta bersama sanak saudara. Cuma bezanya, tahun ni kurang terasa kemeriahannya sebab pakcik aku yang kat KK tak dapat nak balik beraya dan sorang lagi pakcik aku pegi beraya kat umah mertua kat Tawau.. dan yang tinggal pun cuma 4 orang adik beradik mak jer.. Memang terasa hambar yang teramat sangat.. Namun, takkan raya².. di hari yang mulia macam nie nak bermuram durja pulakkan.. lepas jer tahlil bacaan doa selamat pagi tu.. seperti biasala… aktiviti ‘mentekedarah’.. kalau sebelum² ni asyik ketupat, rendang, lemang, nasi impit segala…

..tahun ni ada perubahan sikit.. nenek buat nasik beriyani pulak (mcm tuh ker eja beriyani?🙂 ).. perut yang dari tadinya lapar.. memang tak bleh nak tahan ler bila tengok juadah di depan mata..

walaupun menu kali ni agak simple tapi secara keseluruhannya memang menepati citarasa semua.. dengan lauk ayam goreng, kurma daging dan rojak timun.. simplekan?! Tapi sebenarnya.. pulut² semua tuh pun ader.. cuma bukanlah menjadi menu utama pagi tu..

Dan mcm biasa jugak.. raya aji memang tak pernah lah kitorang nak bertandang ke rumah orang.. selalunya sedara mara yang jauh dan dekat akan datang ke rumah nenek untuk menziarahi nenek. Yelah.. antara adik beradik nenek, tinggal dia sorang jer yang tinggal yang ada kat kampung. So anak² buah, anak² sedara dia semua datang di musim² raya nie.. ni jer pun masa yang ada nak jumpa.. kalau hari² lain kan sibuk dengan rutin masing²… dari pagi sampai ke malam aku stay kat umah nenek.. boring² tengok tv.. nasib baiklah juga banyak rancangan Astro Ria yang best².. jadik tak der ler terasa sangat kebosanan tu.. Hari pulak hujan sedari pagi hingga ke petang… kawan² dok sms kata.. banjir kat umah diorang dah sampai paras pinggang dah.. ada plak yang tanah runtuh la.. kesian jugak la aku dengar.. nasib baiklah kawasan kampung aku nie tuhan selamatkan dari semua musibah² tuh… Syukur yang teramat sangat.. tapi masih dalam kondisi berjaga² juga.. lebih² lagi umah dekat dengan laut…

Ok.. tuh citer dari pagi hinggalah petang… pastuh malam pulak.. aktiviti yang dinanti² adalah barbeque.. wah.. best sangat walaupun kami taklah seramai yang mcm sebelum² nie.. depa ni pi bakar lamb.. chicken wings.. dan sausage.. aku mulanya malas nak libatkan diri.. bagi orang² veteran yang mengepalai.. tapi aku tengok cam best jer diorang dok mengipas², mengumpat².. hehe.. aku apalagi..join terus!! sampai nak terbakar kulit muka dek bahang arang yang membara.. setelah semua kenyang.. akhirnya kami pun balik ke umah masing².. umah nenek aku selang dua buah umah jer pun dari umah aku.. sampai umah jer.. tengok jam tepat pukul 12 tengah malam.. Welcome 2007… hehe.. sampai umah mcm biasalah tak der aktiviti yang menarik.. online kejap.. makan lagi.. online lagi.. dan makan lagik.. tapi pada 1 Januari 2007 ni lah jugak merupakan tarikh yang bakal menjadi sejarah dan tersenarai di dalam diari aku.. satu tarikh yang mesti diingat… Kenapa?! Hah.. biarlah aku dan dia jer yang tau..🙂

~ by phyneballerz81 on January 1, 2007.

2 Responses to “Salam Aidiladha n Happy New Year 2007!!”

  1. dafi? perlu kew? ngeh3!!!

  2. wah peminat dafi gituu~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: