Memancing Sambil Berpicnic


Argghh.. Penat giler. Ni tengah buat entry nie pun mata berat sangat tapi untuk kawan² yang tertanya² mana aku pegi seharian tak muncul semalam, nie la nak bagitau ni. Tengahari semalam cousin aku ajak pegi memancing kat Pulau Bambangan. Memang semasa zaman sekolah² hinggalah ke universiti.. kami akan selalu memancing di mana-mana pulau atau takat yang kami tau ada ikan. Lebih² lagi yang jadi big boss kami adalah uncle aku sendiri yang memang pakar berkaitan selok belok laut ni. Aku pun setujulah untuk ikut depa ni pegi. Pada mulanya dia bagitau yang kami pergi berempat sahaja iaitu bapa dia dan adik beradik dia la. Tambahan lagi dia cakap kami akan bermalam di kapal untuk memancing menambahkan semangat aku pegi. Sebab last sekali kitorang memancing sampai bermalam kat tengah lautan tak silap aku 3 tahun lepas. Dah lama sangat. Kalau ada pun memancing biasa² saja iaitu balik hari, tanpa bermalam.

Tepat pada masa yang ditetapkan, aku pun sampai la di rumah diorang sebab diberitahu kami akan bertolak dari sana menggunakan kereta ke Pulau Bambangan yang perjalanannya mengambil masa dalam sejam setengah. Tapi alangkah terkejutnya aku apabila sampai je kat rumah diorang, semua dah siap² packing barang termasuk auntie aku dan anak² pompuan dia yang masih kecil. Eh, tadi tak silap aku cousin aku ni cakap emak dan adik² dia pompuan tu tak ikut. Aper dah jadi?! Erm.. jenguk ke dapur.. barang makanan yang dah siap dipacking penuh satu meja. Mak aii… nak pegi mana sebenarnyer?! Mungkin tengok muka aku yang ada sedikit confuse, maka uncle aku pun bagitau la sambil tersengih yang sebenarnya dia nak bawa auntie aku ni picnic dengan ipar uncle aku ni anak beranak. Opss.. maksudnya aku dah ditipu dan tertipu ler kat sini. Cousin aku tu saja tak nak bagitau aku yang ramai lagi yang ikut sebab dia tau aku takkan setuju untuk join diorang kalau ramai sangat. So, kalau aku nak batalkan hasrat aku untuk ikut pun, mcm tak best pulak sebab dah sampai dah rumah diorang. Last² aku amik keputusan.. ikut jer ler..

So kami pun bertolak ke Pulau Bambangan tu dengan menaiki 3 buah kenderaan..konvoi. tapi sampai pertengahan jalan, kereta kami (Waja) tak bleh nak lalu satu jalan tu yang rosak angkara lori-lori besar yang masuk ke kampung tu la. Alahai, kalau nak teruskan mesti tersangkut kereta kat lumpur, tapi kalau tak teruskan pulak.. terpaksa patah balik rumah sedangkan semua yang ada berkobar² nak pegi memancing. Pikir punya pikir, aku pun bagi cadangan kat uncle aku.. apakata suruh jer kenalan kat pulau tu amik kami pakai kapal di jeti yang biasa uncle aku gunakan untuk ke sana. Alhamdulillah.. cadangan aku diterima!!


Maka tanpa membuang masa kami pun patah balikla ke jeti yang dimaksudkan dan mengambil masa sejam dari tempat jalan yang rosak tu. Tapi sebelum tuh kami sempat singgah kat car wash untuk ‘tembak’ lumpur yang menyaluti body Waja kami. Setelah tiba di jeti, tak sampai 10 minit menunggu.. Kapal yang nak amik kami pun sampai.. dah angkat semua barang.. kami pun bertolaklah ke pulau tersebut yang mengambil masa dalam 50 minit. Erm.. memandangkan dah petang so cuaca pun agak redup.. tak lah panas membahang seperti perjalanan kami menaiki kereta tadi.

Sampai jer kat jeti pulau, berlabuh jer kapal.. tanpa membuang masa kami pun terus membuang pancing ke laut. Diorang kata kat hujung jambatan tuh banyak ikan merah, ikan kerapu dan ikan pari. Sementara yang lain-lain sibuk memunggah barang² ke atas jambatan. Dah sejam menunggu namun belum ada seeokor pun ikan yang berjaya dinaikkan. Hari pun dah hampir gelap.. dah masuk maghrib dah. Auntie aku dah pegi umah tuan punya kapal nak tolong wife dia masak untuk makan malam kami. Uncle dan Auntie aku memang dah biasa dengan orang-orang pulau ni sebab dulu uncle aku pernah mengajar di sini selama beberapa tahun. So memang orang² sini pun tabik spring dengan diorang la.. maklumlah.. kerjaya cikgu nie.. kat mana² pun orang akan respect.

So tunggu punya tunggu.. akhirnya cousin aku nie berjaya menaikkan dua ekor ikan Utik dan seekor ikan Lapu (Kedua-dua ikan ni orang tak makan kat sini sebab kononnya ikan ni berbisa). Aku tym ni tak dapat seekor lagi pun. Memandangkan makanan untuk dinner pun dah siap, jadi kami pun dipanggil makan kat jeti. Meriah jugak lah.. terasa juga suasana picnic tu.. lebih² lagi kami dijamu dengan Udang Gred A yang kalau nak beli kat pasar memang berpuluh jugakla harganya.. So memang best… Tapi yang tak bestnyer.. tym aku makan.. tym ni la juga ikan pun nak makan umpan kat mata kail aku. Nasib baik ada anak tuan punya kapal tolong tarikkan pancing aku. Ye lah.. aku tengah makan tak der maknanya aku nak berlari terjun ke kepal semata-mata nak tarik ikan merah yang lebih kurang 1kg tuh jer.. hehe.. bunyi cam tak bersyukur je dapat ikan merah tukan.. bukan tak bersyukur sebenarnyer.. tapi nasib ikan tuh lerkan.. dia nak makan tym aku pun makan .. hahaha..

Dah selesai makan, kami pun berlepas ler menaiki kapal ke tempat yang memang biasa diorang mancing. Kat tempat tuh memang banyak ikan.. khabarnyer ler. Perjalanan mengambil masa 30 minit dari jeti Pulau Bambangan. Sampai jer kat situ, sauh diturunkan dan kami pun start la mancing. Tapi arus terlalu kuat tym tuh.. jadi terpaksala kami mcm main layang² (hanya pemancing jer tau istilah nie).. So sementara menunggu arus reda sikit.. kami try pula nak mencandat sotong.. sambil² tuh geng² cikgu berborak kat belakang kapal. Macam² citer aku dengar.. best sangat.. ader yang lawak.. ader yang seram.. sampai tak terasa jam dah pukul 12 tengah malam. Dan sampai ke saat ini ada beberapa ekor sotong jer yang berani timbul… last² dua ekor jer yang dapat. Jadi maksudnyer umpan memang tak der.. so tak guna juga arus dah ok pun umpan tetap tak der.. ikan² kat sini memilih sikit.. nak makan sotong jer.. udang tak nak plak.. sedangkan umpan udang kitorang ada satu tong ais.. hah.. bayangkan betapa banyaknyer… Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.. last-last.. kitorang amik keputusan untuk patah balik ke jeti.. sebab air tengah pasang tym nie.. so memang sesuai mancing kat situ..

Sampai jeti, kitorang stay kat kapal dan mancing kat situ. Belum sampai seminit pancing dibuang.. dah berebut² ikan kat bawah tuh mematuk² umpan.. dan akhirnya.. ikan Utik berjaya dinaikkan.. Hahaha.. ikan nie lagik.. mana ikan merah, ikan pari, ikan kerapu semua nie?! segan ker nak makan pancing.. Tapi yang paling best.. aku ngan cousin aku ni, Unus.. pilih port kat blakang kapal.. ntah kenapa rezeki kitorang agaknya.. kitorang jer yang banyak kali dapat ikan. Cousin² aku yang kat depan dan atas jeti.. haram tak dapat seekor pun.. kira punya kira dah 18 ekor ikan Utik kami balun.. dan ada beberapa ekor ikan Lapu cousin aku dapat.. so setakat ni ikan yang paling best pun yang kami dapat ikan merah tuh ler.. yang makan pancing aku tym aku dinner tadik.. Tym ni juga hujan turun mencurah².. yang lain² ader yang dah masuk tido kat kapal.. tinggal aku dengan Unus ni jer yang bertahan kat blakang tu.. berhujan.. tapi memang mcm tuh lah kalau orang yang betul² minat memancing.. tak kira hujan ke ribut ke petir ke.. memang tak dipedulikan semua tuh..


Dan tak terasa dah pukul 6 pagi dah.. aku n Unus pun bercadang nak berhenti memancing. Tapi tidak semena², pancing aku diragut lagi.. tarik punya tarik.. sekali yang naik ikan Lapi.. Besar juga.. dan ikan ni la penutupan dalam trip memancing sambil berpicnic kali ini.. Haha.. kira lumayan jugaklah.. Pukul 7 pagi mcm tuh.. aku ikut kapal tu pegi tarik udang.. aku ajak Unus tapi dia dah surrender.. mengantuk katanya. So aku sorang jer ler yang ikut dengan Uncle si Unus nie.. dalam 2 kali tarikan.. adalah dalam 30kg udang diorang dapat.. memang lumayanlah.. Habis jer ‘menarik’, kami pun balik semula ke jeti untuk ambik diorang² yang lain untuk balik ke tanah besar.. dan akhirnya sampai di Jeti Tanah Merah tepat pukul 12 tengahari..

Satu jer yang aku dapat katakan mengenai trip memancing kali ini adalah.. “Wow.. Memang Best!!” n thanx to my uncle, my kazens.. dan orang² kampung Pulau Bambangan yang banyak membantu kami dalam trip ni.. Thank U So Much!!

~ by phyneballerz81 on December 24, 2006.

3 Responses to “Memancing Sambil Berpicnic”

  1. Fuh seronok la ya adik pigi memancing. Samalah kita sudah lama nda pigi mancing juga ni. gatal sudah kaki mau pigi tapi belum ada kesempatan. Bagi abang ikan merah tu.. Goreng pun sodap tu. he he He..

  2. Best nye g mancing… Ladybird pun g mancing ari tu… tp kat kolam ikan je.. walaupun kolam tu besar tapi x la mencabar yg macam Dj alami… Teringin g mancing cam tu.. tp… sape nk bawak pompuan?…

  3. huh…bagus lah dapat peluang belayar d laut… sia belum ada peluang lagi.. nanti sia mo belayar naik kapal cruise… huh~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: