Bumi Kenyalang!

“WoW!!”.. itu ler perkataan pertama keluar dari mulut aku bila terpampang nama aku yang tersenarai ke Bumi Kenyalang… pertama sekali memang gembira sangat… itulah perasaan yang betul² aku rasakan saat itu.. mcm tak percaya jer.. banyak² tempat kat Malaysia ni.. Semenanjung dah round semua tempat.. kat Sabah ni lagilah… cuma kat Sarawak jer tak pernah pegi.. sebab tuh lah mcm terasa happy sangat..

Sunset View from Kuching Waterfront

Tapi dalam kegembiraan tuh.. tiba-tiba terselit pulak perasaan sedih dan terkilan. Ye lah.. hajat di hati nak didik anak bangsa kat tempat sendiri.. tapi rupanya tidak kesampaian.. dan sekali lagi terpaksa berjauhan dengan keluarga yang tercinta.. part tuh memang sedih sangat.. ye la.. sebelum ni tym study pun duduk jauh dari family.. sekarang nak berkhidmat pun.. tetap ada jurang pemisah.. namun dalam hati terdetik.. setiap yang telah direncanakan oleh tuhan itu ada hikmah tersembunyi di sebaliknya. Mungkin Dia nak aku jauh dari family buat sementara jer.. saper tahu di masa-masa akan datang rezeki aku berkhidmat di tempat sendiri dan sentiasa di sisi family tersayang.. dan tak kira lah saper pun yang aku didik sama ada anak² negeri aku sendiri.. atau negeri mana-mana sekalipun.. itu tanggungjawab.. tiada diskriminasi.. betul tak?!

Pemandangan Kuching Waterfront waktu malam

So berbalik kepada cerita Sarawak ni.. dikhabarkan.. banyak tempat-tempat yang sangat menarik di sana. Kuching Waterfrontla.. Gua Mulu la.. Taman Negara Gading.. Pantai Sematan.. Pulau Talang².. Bako National Park.. Banyak sangat National Park kat sana.. tuh dari segi pusat peranginan.. dari segi kebudayaan pulak.. Sarawak Cultural Village atau Kampung Budaya Sarawak memang sangat menarik terutama bagi pencinta budaya.. mcm² ada kat sana.. tak sabar rasanya nak tengok rumah² pelbagai etnik di Sarawak yang diorang display kat situ. Harap-harap dapat pegi kat tempat tu.. Makanan pulak.. sebelum ni selalu digembar-gemburkan pasal Laksa Sarawak. Pernah gak rasa sebelum ni tym study dulu.. memang sedap.. so nak rasa jugak yang original dari Sarawak.. mesti lagi sedap..

Laksa Sarawak

dan tym kazen aku study kat Chermai Jaya dulu.. dia cakap kat Sarawak terkenal dengan sos lada hitam.. ada satu brand tu yang tak terdapat kat mana² di Malaysia nie.. dan dia tiap kali balik ke sini.. mesti berkotak² angkat sos lada hitam tu.. best sgt. Namun yang paling penting bagi penggemar kek mcm aku.. dah tentu tak sabar nak rasa Kek Lapis Sarawak yang khabarnya beraneka macam kat sana.. Ada plak tuh yang mengambil masa sampai setengah hari nak membuatnya.. mak oii.. lamanyelah… dan yang paling terkejut ada kek lapis tu yang harga mencecah ratusan ringgit.. tuh yang nak rasa sangat tuh.. betul ker sedap.. dan kalau ader kesempatan nak juga belajar cara nak membuatnya tuh.. tuh pun kalau diorang tak lokek ilmu ler.. harap² tidakla..!!

Sarawak Cultural Village

So kepada kawan² lain.. jangan bersedih okay. Ini merupakan salah satu episod kehidupan kita. Jangan tolak sebab kita tak tau kebaikan yang akan kita dapat di kemudian harikan?! Tabahkan hati.. Sarawak Bumi Kenyalang tidak kurang hebatnya dengan negeri² yang ada kat Malaysia nie.. so.. jumpa di sana.. Salamzz!!

~ by phyneballerz81 on December 22, 2006.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: