Sesatkah Aku?!

Hari ini bangun jer dari tido, tak tau nak buat aper.. try updatekan blog. Pastu baring-baring sambil tengok tv tapi tak der pun rancangan yang best. Tau jer ler.. Astrokan selalu tayangkan benda yang sama berulang-ulang. Jam baru menunjukkan pukul 1 pm.. Sinetron “Bawang Putih Bawang Merah” lambat lagi.. tapi takkan nak fast forwardkan pula rancangan yang ader skarang..

Sambil baring tu, tiba-tiba mak ajak pegi jalan pegi rumah tunang abang ada hal nak dibincangkan katanya. Macam biasalah jadi driver. Tapi mungkin mak tengok aku gundah gulana kat rumah, tuh yang dia ajak tu.. aku kata kat mak tunggulah lepas sinetron tu. Tapi mak kata takut nanti terlewat, nanti sampai malam ler pulak. Maklumlah jalan nak ke rumah tunang abang tu tak berapa elok. Lagipun jauh masuk ke dalam daripada jalan besar.

Aku pun bersiap ler serba ringkas then call ‘nganga’ (auntie) aku tanya dia sama ada nak ikut ker tak. Pastu dia cakap bleh juga. So selesai kitorang makan tengahari (walaupun actually dah lewat dah lunch tym tuh), terus pegi amik nganga kat umah dia.

Aku terus terang memang tak berapa nak familiar sangat jalan kat tempat tu. Lagipun aku pernah pergi baru sekali jer.. tu pun tym tu, abang aku yang drive. Daripada jalan besar ke jalan tuh ader ler dalam sejam.. jalan plak dah ler tak bertar. Jalan punya jalan akhirnya macam tak jumpa-jumpa rumah tunang abang tu. Padahal dah lebih sejam dah drive. Jalan raya pula berlubang-lubang dan kebetulan pagi tuh hujan lebat jadi jalan tuh dipenuhi dengan lopak-lopak air. Becak!! Sesat ker kitorang?! Mustahil pulak sedangkan mak pun dah berkali-kali pergi ke tempat tuh. Tapi itu pun mak ingat-ingat lupa. Nganga asyik tanya aku ingat lagi tak jalan tu. Aku Cuma mendiamkan diri je. Yelah, nak kata ingat macam ragu-ragu tapi nak kata tak ingat, aku dah pernah pegi sekali dulu. Otak aku nie kira kuat la juga kalau nak menghafal jalan walaupun baru sekali pegi. Tapi kali ni jalan dia betul-betul macam dah berubah (tak tau la kalau itu hanya perasaan aku). Mak dan nganga kata mustahil aku tak tau, sedangkan negeri orang, tempat orang aku dah masak, takkan tempat sendiri aku bleh sesat.

Tapi aku terfikir juga.. Dari aku kecik sampai la aku tingkatan 5, aku cuma akan berjalan ke tempat-tempat yang perlu sahaja. Contohnya ke bandar, ke rumah sedara mara, sekolah, umah kawan-kawan, kebun buah nenek aku dan ada beberapa tempat lagi la. Tapi tempat-tempat macam ni zaman dahulukala tak ader kepentingan pada aku dan keluarga aku. Baru sekarangla ada sebab musabab untuk datang sini. Dah tu pulak aku amik lesen tym tingkatan 5. Tym tu la baru start nak bawa keta. Tak sampai beberapa bulan ada lesen dan pegang keta, dah dapat tawaran masuk universiti. Belum pun sempat merayau-rayau di negeri sendiri dah terpaksa ke negeri orang pulak. Sepanjang di universiti, macam biasalah asal cuti jer mesti kesana kemari dengan kawan-kawan. Kadang-kadang tempat yang tak dirancang nak pegi pun akan tepegi juga sebab ajakan kawan-kawan. Ye la tym tuh bebas macam burung. Tak der saper nak menghalang kalau nak pi mana-mana pun. Pasal tu la jalan-jalan kat semenanjung kira dah terer dah.. banyak negeri kat semenanjung dah dijelajah.

Balik² jer dari semenanjung.. terus bekerja di negeri sendiri tapi bukan daerah sendiri. Daerah lain.. jadi maksudnya tak berkesempatan lagi nak mengenal tempat kat tempat sendiri.. Tapi kat tempat lain dalam negeri sendiri memang dah hafal.. siap jalan darat ke sana ke sini..

Inilah yang aku terfikir.. mcmana orang selalu cakap yang kita kena kenal tempat sendiri dulu sebelum nak kenal tempat orang sedangkan peluang untuk mengenali tempat orang terbuka luas sedangkan peluang yang ada untuk mengenali tempat sendiri adalah terhad. Sama juga la mcm kes ni.. bila orang Sabah tak pernah naik Gunung Kinabalu, orang akan cakap.. “aiks.. orang sabah sendiri pun tak pernah naik gunung kinabalu? Buat malu jer”.. buat malu kepala hotak diorang.. ye la.. mcmana nak naik gunung kalau tak der kesempatan.. itu satu… yang kedua.. mcmana nak naik gunung kalau benda tuh tak der kepentingan untuk orang tu.. so benda-benda mcm ni seiring.. orang kata seiring dan sejalan.. tak semestinya mentang-mentanglah kita ni asal tempat tu.. kita tau serba serbi tempat / jalan kat situ.. mengarut ler kalau macam tu..

Ok.. sambung balik citer perjalanan ke rumah tunang abang tadi. Disebabkan terasa macam dah tersesat, terpaksa la berhenti kat umah orang tanya jalan yang betul. Yelah, malu bertanya sesat jalan pulakkan.. tapi setelah bertanya tu rupa-rupanya jalan yang kitorang tuju tu memang betullah. Jalan ke depan sikit memang jumpa ler umah tuh. Mula-mula pelik juga, kalau betul jalan tu kenapa dah sejam lebih sedangkan tym abang bawa dulu tak sampai sejam pun. Pikir punya piker baru aku perasan, dulu tym pegi ngan abang tuh, abang bawa laju sebab jalan elok lagi tym tuh.. La ni.. jalan teruk.. jadi terpaksa la jalan slow² dan akhirnya sampailah juga ke rumah tu.. citer la kat family tunang abang.. bleh plak diorang pakat gelak ramai-ramai..hampeh betul.. tapi tak per ler.. pengalaman!!

~ by phyneballerz81 on December 18, 2006.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: