Penyakit Kayap!

Tiba-tiba hati tergerak untuk mendapatkan informasi mengenai penyakit kayap. Terus terang, ini merupakan kali pertama aku dengar nama penyakit nie.. (maaf.. mungkin bunyinya agak lucu tapi itulah hakikatnya). Kayap terbahagi kepada banyak jenis. Kayap api, kayap melukut, kayap jagung, kayap ular dan macam-macam lagik. Penyakit ini, mengikut teori perubatan.. hanya akan dialami oleh bayi, namun seperti yang kita sedia maklum.. Penyakit tidak mengenal siapa pesakitnya.. bayi, kanak-kanak, remaja, orang dewasa mahupun warga emas..

Penyakit ini disebabkan oleh kuman virus herpes – biasanya virus herpes simplex Jenis 1 (HSV-1), manakala Jenis 11 (HSV-11) menyebabkan kayap di bahagian kemaluan. Tetapi mana- mana satu jenis virus ini boleh menyerang sama ada muka atau bahagian kemaluan. Walau bagaimanapun jangkitan pada bibir tidak semestinya menandakan bahagian kemaluan juga turut terjangkit . Virus ini boleh bergerak dari tempat jangkitan (kulit muka) di sepanjang saraf hingga ke pangkal saraf. Ini menyebabkan merebaknya bintil-bintil atau lepuh ke tempat-tempat lain dan akhirnya kayap yang menyakitkan terjadi. Kayap ini boleh terjadi berulang kali kerana selepas serangan pertama, virus akan menjadi dorman di dalam sistem saraf. Ini bermakna ia menjadi tidak aktif buat sementara waktu dan tinggal di dalam pelbagai kumpulan sel badan mangsa. Ia terselamat dari tindakan sistem pertahanan badan dengan menyamar sebagai sel mangsa itu sendiri. Virus ini sering kali beredar balik ke bahagian kulit melalui laluan yang sama untuk mencetuskan satu lagi jangkitan lain apabila wujudnya faktor-faktor pemangkin tertentu.

Sebenarnya info ni aku cari setelah mak aku sendiri mengalaminya.. Penyakit ini menyerang kaki bermula dari tompokan kecil sehinggala melarat menjadi besar. Pada mulanya kami menganggap ia hanyalah jangkitan kuman biasa2 sahaja dan bukannya penyakit kayap dan setelah berjumpa dengan doktor, doktor telah pun memberi suntikan. Walaubagaimanapun, bengkak pada kaki mak bukannya semakin surut malah semakin membesar. Setelah diperkenalkan dengan seorang pengamal perubatan kampung, Alhamdulillah.. setelah dua hari menjalani perubatan, bengkak di kaki mak semakin kempis dan mengecil. Kuasa Allah s.w.t. Semoga dengan sedikit masa lagi, penyakit mak sembuh sepenuhnya. Sama-samala kalian berdoa untuk kesejahteraan mak aku.

Terima Kasih.

About these ads

~ by phyneballerz81 on December 4, 2007.

One Response to “Penyakit Kayap!”

  1. Gud Info.. tapi yang aku tahu, kayap nie ade 44 jenis! kayap ini dalam Al-Quran jugak menyebut ia hanya serpihan abu api nereka sakit nya. kalau rajin layari blog aku : http://www.fiq-life.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: